klik laju laju laju

Showing posts with label on diet. Show all posts
Showing posts with label on diet. Show all posts

Saturday, June 5, 2010

:: Hari telur sedunia ::

salam semua...
hari ni hari keputeraan ke bawah duli SPB Yang Dipertuan Agong..so semua org cuti..
tp hari ni cik niza kerja la oiiii....sbb tuntutan kerja yg sgt byk,dan harus disiapkan, so kena la dtg kerja jugakss..
takpe arini dpt triple pay..yuhuuuu..masyukkkkk..hehehe


Kenapa tajuk n3 hari telur sedunia ye??..sbb hari ni lunch & dinner cik niza asik makan telur je..
sbb dh boring makan ayam & ikan..so nk mkn telur jugak..ye le,nasi tak bole mkn..huhuhu..
alhamdullilah sekarang ni keinginan nk makan nasi mmg tak de langsung..


hari ni start keje pagi.tak macam selalu. masuk petang kan..hari ni masuk kul 930 pg until 630 ptg..
so bfast tadi comp. ade sponsor nasi lemak + karipap..so skip la breakfast..mmg cik niza tak bole mkn sume tu..cume buat segelas milo 'O' panas shj..


time lunch tadi ajak ofcemate g pelita..lunch ramai2 kat pelita..seronok sgt,sbb dh lama tak makan2 borak2 ramai2 cenggini..riuh la kejap pelita subang tu..ahakzzz..apelagi dorang pekena nasi kandar la..hehe..





cik niza cume order 2 biji telur dada + air kosong saja..tak nak minum air manis..
sedap telur dada kat pelita ni..bawang dipotong dadu & tak berminyak sgt..so 2 biji telur dada rm2..ok la kan..jimat...hehehe

utk dinner mlm ni pun cik niza mkn telur dada juga...mls nk pikir nk mkn ape dah..goreng je la telur dada..senang ,ringkas,cepat..pastu mama ade masak daging goreng dan juga masak lemak udang...cik niza pun rase la sket..lepas kempunan...hehehe..kenyang, alhamdulillah..lps tu ape lagi, minum susu SD2 la...kita minum dulu!...

oklah , aku dh mengantuk, mata dh berair2 mase taip n3 ni..penat.letih sume ade..nk rest2 kan badan ni dulu..esok mungkin ke ofce lagi..ade report yg kene settle, isnin nk kene submit kat boss...huhuhu


~tata

Friday, May 7, 2010

:: teringin nak mkn tuna ::

salam semua..
hari ni memang aku teringin sangat nak makan tuna..
tapi aku tak bole mkn roti..mcm mane ye??..takkan nak ratah tuna camtu je..cam pelik je
so aku gi cold storage mase dinner break tadi, beli la ayam brand chili tuna..tp nk mkn dgn ape ek??
then aku dpt la idea..
*
*
*
*
*

jeng..jeng...hehehehe..aku gantikan roti dgn timun jepun...ok kan???
sedap tau..krap krup krap krup..



dpt jugak aku lepas kempunan nk mkn tuna..hehe..naseb baik la timun jepun jadi hero (penyelamat..konon!)..
hehehhe..pastu aku tambah sket tartar sauce kat atas tuna tu..bertambah la sedap..hehehe

korang pun bole try jugak..sesekali ubah selera apa salahnye kan..klu tak diet sekali pun, sbb berkhasiat dan tak de carbo..baik utk kesihatan..hehehe


~tata

Sunday, May 2, 2010

:: grill salmon ::


salam hari minggu...buat ape yg hari ni..??..mesti plan macam2 ni..wateva plan it is, yg penting kite happy!!
yepppeeee..yehaaaaa...huhuhuhu..

semalam cik niza buat grill salmon recipe dr E-na lovely kitchen ...klu selalu yg aku buat, aku tak letak oregano..
thats why nk try recipe yg ni..hehehe..sedap & senang...




buat 2 slice of salmon..sedap & garing...sesuai dg aku yg on diet mode ni..



then aku tambah sket "pelakon tambahan " kat belakang tu..hehehe..
rebus brocolli + carrot..dan utk deep in , aku lebih suke makan dgn tartar sauce..
dinner yg simple dan berkhasiat...alhamdulillah...

~tata

Saturday, April 17, 2010

:: a simple dinner ::


hai semua...selamat malam...cuaca agak panas la arini..adeh!!..tak tahan di buatnye...
minum air bergelen-gelen...hehhehe..
pastu asik ke washroom je la kejenye...nk buat camne..it called Global Warming!,,ape aku merepek daaa malam2 ni..hehehe..saje jeww...

sambil layan cerekarama + blogging = heaven...hehehe
ok la...aku nak update a simple dinner for tonite..
cume merebus2 shj sayur2an yg aku petik dr dalam fridge...hehehhe,,petik ape bendenye klu dh dlm fridge.

.
ni la hasil nye...brocoli + colliflower + carrot...dan sungguh sdap di makan bersama mayo..
selalunye aku akan mkn dgn tartar sauce..tp sudah kehabisan stok..mayo pun mayo la...




ni captured after aku taburkan sweet corn kat atas tu...alhamdullillah..kenyang dan berkhasiat..
sape yg nk try menu2 diet aku yg  tak seberapa ni, dipersilakan ye...


~tata

:: makan ape arini ::


nk makan ape ye arini..sbb aku tak bole mkn yg sebarang2..sbb masih lagi one diet mode..
ermmm..pikir punye pikir...selongkar fridge...baru teringat,aku ade beli dorri fillet last week kat giant..
aku sgt suke dorri fillet ni (betul ke aku eja dori tu ek,lantak le)...sbb isinye putih dan lembut..



pastu grill asparagus ni...letak paper + salt..krap krup krap krup...layannnnn..hehehe



sebelum grill ikan dori ni aku marinate dgn chili flakes + oyster souce...pastu grill dgn olive oil sampai garing..
alhamdullilah..kenyang and no carbo...heheheh...hari ni dh 13 hari on diet mode..alhamdulillah aku masih bertenaga even tak mkn nasi pun..mari kita amalkan cara hidup yg sihat..hehehe...caiyokk cik niza..!!! you can do it!..(niza's is now motivated herself..hehhehe)

p/s: as at 12 days one diet , i hd reduce 4.7 kg ..yeahhh..

Thursday, April 15, 2010

:: diet mode >> diet menu ::

salam semua...
yeeehaaaa...kenapa ni???ape yg seronok sgt cik niza ni...
jeng..jeng..jeng...
*
*
*
*
hari ni dh masuk hari ke-10 dlm on diet mode ni, and the best part aku dh loose weight sbanyak 4.1 kg...
alhamdulillah...syukur...syukur..
okay n3 kali nk update menu diet aku neh..hehehhe..
jgn boring ye membacanye...




ni antara menu fevret aku...suka sgt brocoli..
rebus je brocoli and carot tu, pastu letak olive oil + paper + garam 
then mixed je sume...ha sodap...then ade jugak yg aku rebus brocoli then mkn dgn mayo...heheheh





ni dada ayam yg aku grill ..ayam tu perap je dgn ape yg aku rase best...hahahah..then karot 
potong slice camtu mixed dgn daun bawang...tp ayam bile makan say "NO" tu kulit die..hehehehhe..pantang!
sedap tau menu ni...kenyang ..alhamduillah...dulu aku mmg la tak suke mkn ayam klu yg part dada ni...skang ni terpaksa la..huhuuhuhu...alasan sbb senang nak mkn,sbb sume isi ....hehe



then bile aku dh tak tau nk makan ape dah, aku grill je asparagus ni..then mkn dgn cheese...sedap jugak!
buat pengetahuan semua, aku bole mkn cheese..hehehe..




dan yg pastinye, aku akan mkn green apple 2 biji sehari..
dulu kemain tak suke lagi green apple ni, sbb mashhhhammmm..hehehhee
now ni, apple shj akan ku bawa kemana2...chewahhhh

hopefully, i will stay on this way.. i need everybody support..!!!
cayyokkkk...cayyokkkk...cayyoookkkk...you can do it gurl!

~till now

Sunday, April 11, 2010

:: diet mode part II ::

salam semua..
hari ni masuk 7 hari diet aku..dan dh 7 hari aku tak makan nasi..
hehehhe..boleh tahan tu..alhamdullilah..
and the best thing aku dh loose weight 3 kg in a one week..yehaaa..
bertambah semangat utk terus berada di dalam "mode" ini..kerana ia tak menyusahkan..
say no to "CARBO"...bole makan ayam (tanpa kulit), daging, seafood, banyakkan mkn vege, 
no fruits (gula dlm buah2an menghasilkan carbo), byk2 mknn berasaskan soya, minum air 2 Liter at least a day..


FOR MO INFO, SEE BELOW..hehehe

Slim Diet 2 (SD II) - produk pelangsingan badan terbaru dan memegang rekod dunia




TIADA LAGI MASALAH BERAT BADAN DENGAN SLIM DIET 2

SD II membantu anda mendapatkan berat badan yang ideal dengan mengamalkan konsep diet yang sihat TANPA PERLU BERLAPAR dan sekaligus menghilangkan lemak badan berlebihan pada tubuh anda. SD II juga membantu anda untuk mengekalkan bentuk tubuh badan yang menarik dan menawan....


KELEBIHAN SD II BERBANDING PRODUK LAIN
  • SELAMAT DAN EFEKTIF KERANA BERSUMBERKAN ALAM SEMULAJADI.
  • MEMEGANG REKOD DUNIA PENURUNAN BERAT BADAN SEBANYAK 64KG DALAM MASA 1 BULAN.
  • BERDASARKAN JUMLAH JUALAN DI ASIA-PASIFIK SAHAJA, SLIM DIET II TELAH BERJAYA MENURUNKAN SEBANYAK 6000 TAN LEMAK DISELURUH DUNIA SEPANJANG 21 TAHUN DIPASARAN.
  • SDII ADALAH PROGRAM PELANGSINGAN BADAN YANG PERTAMA DIDUNIA YANG MENGAMALKAN TEKNIK DIET KARBOHIDRAT RENDAH.
  • PENURUNAN BERAT BADAN PADA KADAR 250g - 500g SETIAP HARI.
  • PADA SETIAP 500g LEMAK YANG DIBAKAR DITUKARKAN MENJADI TENAGA KEPADA 3000 KALORI.
  • TIADA MASALAH KULIT KENDUR & BERKEDUT KERANA SD II BERASASKAN PROTEIN SOYA.
  • TIDAK PERLU BERLAPAR. PROGRAM  SD II MEWAJIBKAN ANDA MAKAN 3 KALI SEHARI.
  • MEMBANTU MENGURANGKAN MASALAH KESIHATAN BERKAITAN OBESITI.
  • MENJIMATKAN, MUDAH, & TERBUKTI BERKESAN.



PSMF - Protein Sparing Modified Fast.

Konsep ini berkait rapat dengan SD II ini yang telah melalui kajian terperinci dalam mengurangkan berat badan oleh dua orang pakar dari Universiti Harvard iaitu Prof. Dr. George Cahill dan Dr. George Blackburn. Kedua pakar ini adalah penyelidik dari bidang perubatan di universiti tersebut.

Program berdasarkan kepada penyimpanan protein dan diet ketogenik ini adalah hasil kajian sekumpulan ahli perubatan dari Sekolah Perubatan Harvard. Prinsipnya menghampiri pengurangan berat badan secara semulajadi dan ianya adalah penuh berkesan dan selamat. Slim Diet II membekalkan kesemua zat pemakanan yang seimbang untuk anda. Ianya telah diperkayakan dengan protein (protein soya isolat), vitamin, zat galian dan asid lemak yang diperlukan dalam jumlah yang seimbang.Pengurangan berat badan melalui SD II adalah senang, selamat, dan berkesan. Pengurangan berat badan adalah pasti dan rasa lapar dapat dihindari. Yang penting sekali, kemungkinan penambahan balik berat yang dikurangkan adalah sangat rendah.



PROTEIN


Protein adalah asas kepada semua sel hidup. Protein berasal daripada perkataan Greek yang bermakna 'pertama' kerana protein dikatakan sebagai bahagian tubuh badan manusia yang terpenting sekali. Protein sering digunakan. Oleh kerana badan kita tidak mampu menyimpan protein maka ianya perlu digantikan setiap 160 hari. Sel-sel organ penting dalam tubuh berubah lebih cepat. Sel-sel hati digantikan setiap 2 minggu manakala sel-sel darah setiap 30 hari. Oleh kerana sel-sel organ ini terdiri daripada protein, cuma protein sahaja dapat digunakan untuk membina, membaiki atau mengekalkan fungsi tubuh kita. Slim Diet II dari New Image menggunakan Protein Soya Isolat sebagai ramuan asas dalam Slim Diet II. Protein Soya Isolat merupakan komponen protein yang diasingkan daripada kacang soya. Ia membekalkan protein berkualiti tinggi yang setara dengan susu dan telur tetapi bebas daripada lemak tepu dan kolestrol.




PENURUNAN BERAT BADAN MENJADI LEBIH MUDAH 


SD II merupakan kaedah pelansingan badan yang BERBEZA dan PALING SIHAT melalui perspektif KESIHATAN untuk mendapatkan penurunan berat badan yang optima TANPA PERLU BERLAPAR.

Dengan SD II ini anda boleh makan 3 kali  pemakanan utama biasa anda (sarapan, tengahari dan malam) setiap hari. Melalui  ujian kendiri , anda boleh mengukur kadar metabolism pada tahap pembakaran lemak yang maksimum. Ujian melalui Kettone stick membantu anda mengenalpasti tahap keperluan pemakanan pada tubuh badan anda dan setrusnya membantu anda mengurangkan berat badan dengan lebih cepat dan berkesan. Hanya dengan SD II.


CARA PENGGUNAAN :

  
1. goncang tin SD II sebelum buka bagi memastikan semua khasiat menjadi sama rata.
   2. campurkan 2 sudu penuh SD II dengan air sejuk 250 ml.
   3. makan hanya makanan yang dibenarkan.
   4. minum banyak air.



ELAKKAN :

   
* ibu mengandung / ibu menyusu anak tidak dibenarkan mengambil SD II.
    * jangan menggunakan air panas semasa menyediakan SD II.



Tidak ada peraturan yang rumit untuk diikuti dan anda akan mencapai keputusan yang diidam-idamkan. Ianya semudah 1,2,3...
  1. Tambahkan 2 sudu penuh SLIM DIET II ke dalam 200-250 ml air sejuk (jangan guna air panas).
  2. Kurangkan makanan berlemak dan bergula.
  3. Tingkatkan penggunaan makanan segar seperti sayur-sayuran, bijiran asli dan makanan laut. 3 gelas SD II sehari akan membekalkan anda dengan 100% zat pemakanan yang diperlukan oleh tubuh anda untu tenaga dan tubuh yang ramping lagi sihat.
p/s: sape berminat bole tinggalkan comment kat cik niza ye...

Sunday, April 4, 2010

:: on diet mode ::


salam semua...
hari ni pre-diet day...hehehheeh...esok bermula segalanye2...
nnt aku cte ek...ape plan aku utk diet ni..

so arini aku dh start tak mkn nasi..no carbo anymore!
so arini teringin nak makan tauhu lembut..so google2..singgah kat umah mat gebu...ade la resipi tauhu lembut ni..tapi mat gebu guna udang..udang no stock, so aku gantikan dgn minced meat..



taraaa...presenting soft tauhu with minced meat gravy..hehhee..shedapp!


p/s:sat g nak g kg bharu nk makan pulut mangga...mkn lagi...hehehe..takpe,esok is oficially start!...cayokk!cayokk!
amy:aku tak jadi g IKEA  arini, esok baru pegi.,,esok cuti,,yehaaa